Friday, 24 May 2013

lelaki oh lelaki

AGAMA Islam memang menggalakkan penganutnya berkeluarga dan diharamkan bagi mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin.

Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga kerana jika tahap kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarga secara keseluruhan akan terjejas.

Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam perkara ini. Ini kerana tanpa izin suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.

Bagaimanapun, perlu diingatkan juga kaedah perancangan keluarga bukan terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan pihak lelaki kerana ia memerlukan persetujuan bersama.

Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah 'Al-Azal', di mana lelaki melucutkan alat kelaminnya sebelum ejakulasi ketika bersama, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom.

Selain itu, kaedah 'kasi' atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan. Bagaimanapun, ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga kilang menghasilkan hormon kelelakian yang penting untuk kehidupan sebagai lelaki.

Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau 'vasectomi' atau 'sterilisasi lelaki'. Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi.

Walaupun kaedah itu bunyinya menakutkan, kaedah berkenaan mudah dan tidak dibebankan dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan, kaedah sedemikian boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.

Selain kaedah merancang keluarga dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain yang lelaki boleh amalkan.

Kajian mengenai kaedah moden seperti 'pil perancang lelaki' untuk mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya menghasilkan penemuan diharapkan.

Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma seperti 'kontrsperm' dan 'gossipol' didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma.

Malah. 'gossipol' dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan menjadi punca kematian. Pil untuk lelaki berbentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian.

Hormon dimaksudkan ialah hormon 'progesterone' dan 'testosterone' kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.

Bagaimanapun, kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai kaedah hormon masih peringkat permulaan.


(Sumber Harian Metro)

Thursday, 23 May 2013

WHITE PATCH..How to clean it.

It is important to regularly clean the baby’s mouth to keep it healthy. Even though babies drink only milk and water, oral hygiene for the baby is still as important as it is for adults. If you have a baby, you’d probably notice that your baby’s tongue is white or has these white patches on the surface. This can be either of two things – they’re either just milk residue, or thrush.
How do you know if it’s just milk residue or thrush?
Wet a clean cloth with clean warm water and then wrap it in your pointing finger. Using the cloth, gently try to remove the white coating or patches on your baby’s tongue. If they are easily removed or wiped off, then they’re only milk residue. Just clean the tongue thoroughly but gently and make sure you do this regularly to keep the baby’s mouth clean.
However, if the white patches can’t be removed, or when you are able to wipe a spot off and you see a red or bleeding surface underneath, then it might be thrush.
Baby’s thrush is caused by the fungi candida albicans. Thrush manifests as white patches or spots, like milk curds, in the baby’s mouth. It can be on the tongue, gums, inside the cheeks, and the roof of the mouth. Although it usually occurs in two month old babies, older babies can have it too.
Thrush is actually an infection which can be caused by several things:
  • Babies have immature immune systems so their bodies are unable to resist infection.
  • The mother herself has thrush so the infection is passed onto the baby through breastfeeding.
  • The infection could have happened during the baby’s normal delivery.
  • The mother is taking antibiotics even though she’s breastfeeding, which have reduced the number of healthy bacteria in the baby’s body, therefore allowing the fungi to spread.
Aside from the white tongue patches, another symptom of thrush would be the baby crying whenever he or she breastfeeds or drinks from the bottle.
To address this properly, see a doctor right away so that the doctor can give the baby an oral antifungal medicine. This needs to be applied to infected areas using your clean hands. The mom also has to receive antifungal treatments herself so that breastfeeding the baby won’t mean passing the infection back to the child.

Sunday, 19 May 2013

tanda-tanda siflis

sexual transmitted disease(STD) yang paling sering terjadi adalah sifilis atau raja singa. Sifilis ini biasanya banyak terjadi pada lelaki gay atau biseksual.
Sifilis disebabkan oleh Treponema pallidum bersifat kronik dan berjangkit. Bakteria ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui selaput lendir (misalnya pada vagina atau mulut atau melalui kulit).
tahap-tahap siflis
Sifilis primer
Tanda-tanda ini mungkin terjadi dari 10 hari sampai tiga bulan setelah dijangkiti bakteria Treponema.
Gejalanya:
- Terjadi kudis kecil dan tanpa rasa sakit pada alat kelamin, dubur, lidah atau bibir.
- Luka kecil tapi boleh menyebabkan kudis.
- Pembesaran kelenjar di pangkal paha
- kudis2 ini akan sembuh tanpa dirawat tetapi ia adalah jangkitan siflis yang tetap. sesetengah pesakit  akan ke tahap sekunder.
Sifilis peringkat kedua:
Tanda-tanda dan gejala sifilis peringkat kedua mulai dua sampai 10 minggu setelah luka muncul dan mungkin termasuk:
- Ruam kulit, yang sering muncul sebagai luka, merah atau coklat kemerahan, ukuran kecil, di manapun pada tubuh termasuk telapak tangan dan telapak kaki.
- Demam
- lesu dan sering letih
- Rasa sakit
- Kelenjar getah bening yang bengkak
- Sakit tekak
- Ketuat seperti luka di mulut atau bahagian kelamin
Tanda-tanda dan gejala akan hilang dalam beberapa minggu atau berulang selama setahun
Sifilis tersembunyi
jikalau tidak dirawat walaupun tiada gejala, sifilis peringkat kedua  akan menjadi sifilis tersembunyi. Tahap latent akan berlangsung selama bertahun-tahun. Tanda dan gejala tidak akan pernah kembali, atau penyakit dapat maju ke tahap ketiga.
Sifilis tahap akhir
 
Sekitar 15/30 % orang yang dijangkiti sifilis yang tidak mendapatkan rawatan akan mengalami komplikasi yang dikenal sebagai sifilis tertier.
Pada tahap akhir, penyakit ini akan merosakan otak, saraf, mata, jantung, pembuluh darah, hati, tulang dan sendi. Masalah ini akan terjadi bertahun-tahun setelah jangkitan awal.
Beberapa tanda dan gejala sifilis akhir meliputi:
- gerakan otot yang tidak diselaras
- Kelumpuhan
- Kematian rasa
- Kebutaan bertahap
- Dementia
cara penularan yang paling umum adalah melalui hubungan kelamin dengan orang yang telah dijangkiti. Bakteria dipindahkan melalui luka kecil atau lecet di kulit atau selaput lendir. Sifilis menular selama tahapan primer dan sekunder, dan kadang-kadang dalam jangkamasa latent.
jangkitan yang jarang terjadi:
  1. transfusi darah
  2. kissing
  3. ibu yang mengandung akan menjangkiti janinnya.

Bakteria sifilis sensitif terhadap cahaya, udara dan perubahan suhu. Oleh itu, orang ramai tidak akan dijangkiti sifilis dengan menggunakan toilet yang sama, tub mandi, pakaian atau peralatan makan orang yang terinfeksi, atau dari gagang pintu, kolam renang atau kolam air panas.
Orang yang berisiko terkena sifilis:
- Terlibat dalam perlakuan seksual berisiko tinggi, termasuk hubungan seks tanpa kondom, hubungan seks dengan banyak pasangan, berhubungan seks dengan pasangan baru, atau berhubungan seks di bawah pengaruh ubat atau alkohol
- homoseksual
- pesakit HIV