Friday 13 December 2019

Wanita merajuk dan cara memahaminya

RAJUK INILAH YANG DIRINDUI.

1 - Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola atau main game. Tarik tangan dia bawak keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!

2 - Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan! Urut bahu dia dan cakap i love you sentiasa.

3 - Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. Hatinya dah mula macam-macam. Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah, fikir dan ingat di dalam hati.

4 - Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi ini adalah formulanya.

5 - Sebab itu sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Dia manja dan mengada. Tugas suami? Diam, angguk-angguk dan pujuk. Itu saja! Selebihnya... Biar dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.

6 - Sebab wanita ini bila diam itu bahaya. Dia  malas cakap itu bahaya. Marahnya tidak terduga. Bersyukurlah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di IIUM Confession atau KRT. Sebelum dia menulis di diari.

7 - Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Semut langgar pun terus demam. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. Setakat nak redah hujan pegi mana-mana pun dia no hal walaupun sedang demam denggi. #apeni?

8 - Wanita.... Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Nak buka tin sardin pun kebas tangan. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan. Setakat nak isi angin tayar tu celah gigi saja!

9 - Maka... jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa. Baguslah bila dengan anda wanita tidak berdikari. Manja dan mengada itulah tanda cinta.

10 - Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya... Dan jika mahu bahagia sabar... Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji. Kerapkan memujuk.

11 - Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka... Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.

12 - Alah... tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAJUK INILAH YANG DIRINDUI sentiasa. Nikmati saat begini selagi ada.

13 - Wanita... bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah dia bersikap begitu tanda dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia. Anda adalah arjuna yang paling utama di hati dia.

Salam sayang

#kongsiilmu
#learnfromobservation
#cintaseorangwanita

Kredit Penulis Marliya Ramli